blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

HEADLINE NEWS

KUALA LUMPUR: Tidak sampai 12 jam, dua penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan selepas terbabit kemalangan di dua lokasi berasingan di ibu kota semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan selepas kepalanya hampir hancur digilis sebuah kereta sebelum diseret beberapa meter. Click Sini Untuk Lebih Lanjut.

Wanita tua jatuh dalam lubang

Saturday, July 24, 2010



BEIJING – Seorang wanita tua berumur 87 tahun, Wang Lu terjatuh ke dalam sebuah lubang besar semasa berjalan kaki bersama suaminya pada waktu pagi, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu berjalan selepas dia bersarapan pagi di Changchun di wilayah Jilin baru-baru ini.

“Saya cuba menarik baju isteri saya tetapi dia terus terjatuh ke dalam lubang itu,” kata suaminya, Wang Jungcheng.

Anggota-anggota perkhidmatan kecemasan dihubungi dan seorang kakitangan bomba turun ke dalam lubang sedalam tiga meter itu untuk membawa Lu keluar.

Wanita itu kemudian diperiksa oleh kakitangan perubatan yang mendapati dia sihat dan cuma mengalami calar pada tubuhnya.

Menurut beberapa penduduk, penutup lubang itu telah hilang tetapi pengganti penutup tersebut lebih kecil daripada yang asal. – Agensi
Read Full 0 comments

Kereta rempuh bumbung rumah




ROM – Seorang wanita Itali, Maria Rizzo, 34, mungkin tidak akan lupa untuk belajar daripada kesilapan diri apabila keretanya terjunam ke atas bumbung sebuah rumah kerana dia terlupa menarik brek tangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku di Alassio, sebuah bandar di utara Itali dekat sempadan Perancis baru-baru ini ketika Rizzo meletak kereta Fiat Panda yang dipandunya di tebing sebuah bukit kecil. Wanita itu kemudian keluar seketika untuk merakamkan beberapa gambar pemandangan.

Namun, dia terlupa untuk menarik brek tangan menyebabkan kereta itu terus bergerak dan merempuh pagar di tepi jalan dan terhumban ke atas bumbung sebuah rumah. Kereta itu merempuh bumbung bilik air kediaman tersebut.

Seorang jurucakap polis tempatan berkata, ketika kejadian tersebut, tiada sesiapa yang berada di dalam rumah berkenaan. – Agensi
Read Full 0 comments

Kempen kuruskan haiwan peliharaan



PADA suatu pagi Ahad yang redup, Tammy berlari-lari hingga termengah-mengah sambil lidahnya terjelir-jelir di sepanjang laluan sejauh lima kilometer (km) sebelum mengguling-gulingkan badannya di atas rumput.

Pemilik anjing jenis English Shepherd itu Marika Krausova berkata, dengan beratnya yang mencecah 23 kilogram (kg), anjing tersebut kelihatan berisi. Bagaimanapun, sejak memulakan program senaman sebanyak berat badannya susut sebanyak 6.5 kg.

“Kami sering berlari bersama, jadi ia memberi kesan pada berat badan secara tidak langsung,” kata Krausova selepas beliau bersama pemilik-pemilik anjing lain melakukan rutin senaman di sebuah taman awam.

Pemilik anjing-anjing tersebut sedang berusaha untuk membuktikan tahap kecergasan anjing masing-masing.

Perlumbaan anjing, kem latihan, sesi kecergasan dan program-program lain di Amerika Syarikat (AS) adalah sebahagian daripada usaha membantu mencegah epidemik yang turut dialami oleh manusia itu. Epidemik itu dikaitkan dengan cara hidup dan diet yang teruk.

Pasangan bersenam

“Saya sedih apabila ramai pemilik anjing yang mempunyai anjing yang obes,” kata Jeff Lutton, pemilik kedai haiwan peliharaan di Alexandria, Virginia. Beliau turut menjalankan program larian jarak jauh pada hujung minggu dengan anjing-anjing dan pemiliknya dengan rutin yang berbeza-beza.

Kajian Pusat Kawalan Penyakit pada tahun 2006 mendapati, 23 hingga 41 peratus anjing di AS mengalami masalah berat badan berlebihan.

Program kecergasan anjing dan kem latihan adalah sebahagian daripada usaha untuk menangani masalah tersebut. Anjing-anjing tersebut bersama pemiliknya menjadi pasangan ketika bersenam.

“Nina adalah seekor anjing bulldog yang paling di bumi, tetapi jika dia berada bersama anjing-anjing lain Nina akan mendapat sedikit motivasi,” jelas pemiliknya JP Dhillon sambil memberitahu bahawa berlari dan berjalan boleh membantunya kurus.

Riley, iaitu seekor anjing j campuran Border Collie-Labrador pula telah melakukan aktiviti berlari dalam program itu bagi membantu mengurangkan masalah keabnormalan tumbesaran. Ia secara tidak langsung turut membantu pemiliknya Shaunda Adamas untuk menjadi seorang pelari yang lebih baik.

“Masa dua bulan diperlukan untuk menghabiskan jarak larian sejauh 4.8 km, tetapi ia turut memberi inspirasi kepada saya. Kini saya juga telah pun menyertai pertandingan maraton yang pertama,” katanya.

Eratkan hubungan

Pengasas Thank Dog Boot Camp di Los Angeles, AS, Jill Bowers, yang menggalakkan pemilik dan anjing-anjing untuk sama-sama bersenam menjelaskan, haiwan memerlukan senaman setiap hari dan aktiviti yang dilakukan bersama pemiliknya itu boleh mengeratkan hubungan mereka sebagai kawan.

“Jika anjing melakukan senaman, mereka juga perlu melakukannya. Ia tidaklah seteruk melakukan kerja rumah,” katanya.

Ramai pemilik yang meninggalkan haiwan peliharaan mereka semasa bekerja sedangkan haiwan-haiwan tersebut perlu bersenam. Apabila pulang dari kerja, pemiliknya keletihan dan membiarkan haiwan mereka dilayan tanpa rasa bersalah.

“Bila saya lihat pemiliknya juga mengalami masalah berat badan berlebihan, anda boleh menjangkakan bahawa anjingnya juga akan mengalami masalah yang sama,” kata Carol Brooks, pemilik bersama DogOnFitness yang turut menawarkan program yang sama.
PEMILIK melakukan aktiviti kecergasan bersama anjing peliharaan.


“Ramai yang bekerja untuk jangka waktu yang panjang dan jauh dari rumah,” katanya.

Ernie Ward, ahli veterinar dan jurulatih persendirian di Carolina Selatan yang menulis buku berkaitan obesiti anjing dan pengasas Pertubuhan Pencegahan Obesiti Haiwan Peliharaan berkata, program tersebut memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak.

“Pada masa kini, obesiti menjadi ancaman kesihatan terbesar kepada haiwan peliharaan di AS”, kata Ward.

Ward menjelaskan, senaman haiwan peliharaan adalah penting tetapi masalah tersebut tidak akan selesai tanpa perubahan diet.

“Kunci utama adalah diet. Kami sedang berusaha memberi anjing-anjing kami makanan yang sama seperti apa yang kami makan,” katanya.

“Tulang susu dan tulang anjing yang diberi makan kepada anjing-anjing kini tidak sama seperti dulu. Pengilang telah memasukkan lemak dan gula. Anjing juga mengalami apa yang dilalui oleh manusia, jadi kimia otaknya turut diubah oleh bahan tersebut”.

Ward yang bercakap mengenai subjek di seluruh dunia itu berkata, masalah itu bukan hanya berlaku di AS sahaja tetapi melanda negara-negara Asia, Eropah dan Kanada.

“Di Paris dan Nice, Perancis anda akan melihat anjing dan kucing yang gemuk-gemuk. ASlah puncanya kerana telah mengeksport masalah obesiti,” katanya.

Ward yang menjalankan pungutan data menjelaskan, 51.5 peratus anjing dan kucing di AS mengalami masalah berat badan berlebihan berat manakala 15 peratus mengalami obesiti. Momentum untuk menyelesaikan masalah itu perlu datang daripada pemiliknya dengan memberikan makanan yang sihat dan sentiasa bersenam bersama hawan mereka.

Beliau memberitahu, haiwan peliharaan yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan obesiti berisiko mendapat masalah kesihatan lain seperti osteoatritis, diabetes, sakit jantung dan kanser.

“Kita beranggapan dengan memberikan makanan ia menunjukkan perasaan sayang. Jadi kita pun memberikan anjing-anjing tersebut makanan, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini hidup mereka amat menyedihkan. Tetapi ia perlu dan tidak boleh dielakkan,” katanya. – AFP
Read Full 0 comments

Nicol hampiri gelaran keenam




PERHITUNGAN antara ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dengan pencabarnya, Alison Waters dalam saingan separuh akhir penuh mencabar apabila pemain No. 1 dunia itu dipaksa bekerja keras menerusi perlawanan empat set sebelum mara ke final pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB hari ini, lapor SAHLIZAH MOHAMED.

Nicol yang tampil selaku pemain pilihan pertama mendominasi perlawanan pada dua set pertama sebelum tewas pada set ketiga dan kemudian mencapai semula rentak cemerlangnya pada set penentuan.

Pemain berusia 27 tahun itu mencipta kemenangan 14-12, 12-10, 6-11, 11-7 sebelum menewaskan Waters dan bakal menggengam gelaran keenam berturut-turut jika kemenangan berpihak kepadanya hari ini.

“Tidak dinafikan perlawanan tadi (semalam) sungguh sukar. Sesiapa pun akan memberikan aksi yang terbaik jika mahu melangkah ke final dan saya bernasib baik kerana berjaya bangkit pada set keempat.

“Alison (Waters) mempamerkan aksi yang hebat. Perlawanan antara kami berdua selalunya akan menjadi sengit. Apa pun, saya gembira dapat mara ke final dan telah bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya,” kata Nicol yang akan membuat penampilan kelapan di pentas final kejohanan ini.

Nicol akan bertemu musuh ketatnya, Jenny Duncalf yang menewaskan pemain Mesir, Raneem El Weleily dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam menerusi perlawanan empat set 11-8, 11-5, 8-11, 12-10.

Sementara itu, dalam saingan lelaki, Mohd. Azlan Iskandar yang berjaya menundukkan pemain bukan pilihan dari Pakistan, Farhan Mahboob dengan straight set 11-7, 11-7, 11-7 dilihat mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali gelaran kejohanan hari ini selepas kali terakhir memenangi- nya pada tahun 2007 apabila menewaskan pemain Australia, Stewart Boswell.

Pemain No. 2 negara itu akan membuat perhitungan dengan pemain pili- han ketujuh, Tarek Momen selepas pe- main Mesir itu mencipta kejutan dengan menewaskan rakan senegaranya yang juga merupakan pemain pilihan pertama, Mohamed El Shorbagy 8-11, 13-11, 2-11, 11-4, 12-10.

“Saya gembira kerana hanya bermain dalam tiga set sahaja dan kurang daripada sejam. Taktik yang saya rancang menjadi iaitu untuk menghalang strategi pihak lawan kerana Farhan merupakan seorang pemain yang pantas dan tangkas.

“Saya berharap untuk menang esok (hari ini), sekali gus mencatat kemena- ngan kedua dalam masa dua minggu selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan TC Malaysia minggu lalu.

Tarek dalam pada itu memberitahu, dia tidak sabar untuk merakam gela- ran pertama dalam kejohanan ini dan berazam untuk mempamerkan aksi yang terbaik apabila berhadapan dengan Mohd. Azlan buat kali yang keempat selepas tewas sekali dalam tiga pertemuan sebelum ini.
Read Full 0 comments

Villa membara julang Barcelona



LONDON – David Villa (gambar) sudah tidak sabar untuk bekerjasama dengan jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.

Penyerang berbisa Sepanyol itu telah menandatangani kontrak bersama Barca selepas berhijrah dari Valencia pada Mei lalu.

Pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Villa telah meledak lima gol seterusnya membantu Sepa- nyol muncul juara.

Kini, Villa mengakui yang dia cukup teruja untuk bekerjasama dengan Guardiola.

“Saya mempunyai keinginan yang besar untuk berlatih bersama Pep,” katanya.

“Tidak hanya kerana apa yang telah dilakukannya kepada Barcelona sebelum ini tetapi juga kerana apa yang ra- kan sepasukan beritahu kepada saya.

“Mereka memberitahu saya, beliau (Pep) adalah seorang jurulatih yang mampu menjadikan kamu lebih baik secara individu dan kolektif.

“Kapten Barca, (Carles) Puyol memberitahu saya yang dia tidak pernah bertemu jurulatih seperti Pep sepanjang kariernya.”

Sebelum meninggalkan Valencia untuk ke Barca, Villa telah dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah.

Namun, dia membuat keputusan untuk terus kekal di Sepanyol dengan menyertai kelab Catalan itu.

“Ia adalah satu kebebasan bagi saya untuk membuat sebarang keputusan,” katanya.

Villa juga yakin dia mampu untuk menyesuaikan diri dengan kelab baru- nya itu.

“Pasukan kebangsaan (Sepanyol) dan Barca menggunakan formasi yang sama, 4-3-3 dan saya rasa selesa dengan tiga posisi di bahagian sera- ngan,” jelas Villa. – Agensi
Read Full 0 comments

Liverpool mahu pinjam Huntelaar




LONDON – Pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson berminat untuk mendapatkan khidmat Klaas Jan Huntelaar secara pinjaman.

Pada mulanya, Hodgson ditawarkan 14 juta (RM69 juta) oleh pemilik The Reds untuk membawa penye- rang Belanda itu dari AC Milan.

Namun terbaru, Hodgson hanya diberi peruntukan sebanyak 2 juta (RM10 juta).

Sebelum ini, Huntelaar, 26, telah dimaklumkan khidmatnya tidak lagi diperlukan Milan.

Ketua Eksekutif Milan, Adriano Galliani turut membuat kenyataan bahawa Huntelaar akan menyertai salah sebuah kelab Liga Perdana England.

Sekiranya perjanjian pinjaman itu berjaya, Liverpool akan mempunyai pilihan untuk membeli Huntelaar apabila krisis kewangan mereka beransur pulih.

Begitupun, bekas penyerang Ajax Amsterdam dan Real Madrid itu perlu membuktikan kemampuannya terlebih dahulu.

Sebagai rekod, Huntelaar telah membuat empat penampilan pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan baru-baru ini dan dia menjaringkan gol kemenangan ketika skuad Oranje mengalahkan Cameroon 2-1 pada peringkat kumpulan. – Agensi
Read Full 0 comments

Anda tak puas hati pada apa2 produk? perkidmatan? Kini ada yang mendengar!! ADUAN BHO Adrenalin di laluan besi tertinggi dunia





NAMA khasnya Via Ferrata. Memang kedengaran pelik dan asing sekali sehingga sukar digambarkan. Namun, dalam bahasa biasa ia juga disebut sebagai laluan besi. Diambil daripada bahasa Itali, Via Ferrata atau laluan besi merujuk kepada kabel besi panjang yang digabungkan bersama dengan cincin besi di dataran dan lereng gunung. Pada bahagian-bahagian tertentu juga Via Ferrata disertakan dengan tangga besi, peletak kaki dan jambatan.

Mempunyai sejarah yang panjang sejak tahun 1843 apabila diperkenalkan di Austria yang menghubungkan dua puncak gunung tertinggi di negara itu iaitu Grossglockner, Via Ferrata hakikatnya mempunyai kepelbagaian kegunaan.

Pernah digunakan pada tahun 1941 semasa Perang Dunia Pertama oleh tentera Itali sebagai laluan rahsia bekalan senjata dan memperkuatkan ketumbukan pasukan tentera, Via Ferrata kemudian menjadi salah satu bentuk sukan rekreasi ekstrem yang memompa adrenalin kerana menguji keberanian seseorang melawan ketinggian.

Sejak itu, Via Ferrata sebenarnya cukup popular di Barat, sehingga bayangkan di gunung-ganang benua Eropah sahaja terdapat lebih 300 laluan besi seperti di Perancis, Jerman, Itali, Slovenia dan Switzerland. Namun, dibandingkan dengan jumlah itu, benua terbesar di dunia iaitu Asia hanya memiliki satu laluan Via Ferrata.

Bagaimanapun, apa yang membanggakan Via Ferrata tunggal Asia yang terletak di pergunungan Kinabalu itu diiktiraf Via Ferrata yang paling tinggi di dunia iaitu pada ketinggian 3,776 meter menewaskan laluan besi Italian Dolomites 3,343 meter.

Pengiktirafan itu diberikan oleh Guinness Book of Records kepada syarikat pengendali Via Ferrata Gunung Kinabalu iaitu Moutain Torq pada 16 Disember tahun lalu.

Hampir menyamai konsep seperti sukan memanjat dinding (wall climbing), bagaimanapun apa yang perlu anda fahami untuk laluan besi ini, ia bukanlah digunakan semasa memanjat Gunung Kinabalu, sebaliknya sewaktu menuruni puncak iaitu bermula dari ketinggian 3,776 meter ke 3,411 meter.

Memperkenalkan Via Ferrata kepada sekumpulan wartawan yang menyertai Kembara Gunung Kinabalu Via Ferrata Bersama Media anjuran Bank Muamalat baru-baru ini, menurut salah seorang jurulatih, John Martin, 21, terdapat dua jenis laluan besi di pergunungan iaitu Walk the Torq dan Low Peak Circuit.

Katanya, Walk the Torq merupakan laluan besi yang lebih pendek dengan jarak sekitar 430 meter. Bermula pada ketinggian 3,520 meter, laluan besi Walk the Torq terdiri daripada 200 meter laluan menegak pada sudut mencapai 90 darjah, 230 meter laluan agak mendatar dan sebuah jambatan kabel atau dipanggil Monkey Bridge. Cabaran Walk the Torq pada kebiasaannya boleh disudahkan dalam masa sekitar satu hingga dua jam.

Jika Walk to Torq dicadangkan untuk pendaki amatur, Low Peak Circuit pula ujar anak kelahiran Sabah itu, digalakkan buat kaki-kaki daki tegar kerana dengan panjang laluan 1.2 kilometer, ia memberi cabaran yang lebih mengujakan.
RAKAMAN foto kenangan saat menjadi sebahagian daripada pendaki bertuah melalui pengalaman Via Ferrata.


Mengambil masa sekitar empat hingga lima jam untuk disudahkan, Low Peak Circuit juga mempunyai kombinasi jambatan gantung, tiga buah jambatan wayar dan dua buah jambatan kabel. Bermula pada ketinggian 3,776 meter anda akan menuruni laluan besi sehingga ke titik 3,411. Ini bermakna mereka yang mencuba laluan Low Peak Circuit tidak akan terlepas laluan Walk the Torq,” ujarnya sambil memberitahu sejak dimulakan pada tahun 2007, Via Ferrata Kinabalu telah ditakluk oleh sekitar 6,000 pendaki.

Apa yang lebih membanggakan katanya, laluan besi yang dikelaskan sebagai Grade AD atau kesukaran tahap sederhana itu adalah antara yang terselamat di dunia kerana tidak pernah mencatatkan apa-apa kecelakaan.

Kerana itu, semua peserta laluan besi diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat keselamatan oleh jurulatih Via Ferrata pada sebelah malam sebelum aktiviti. Pada sesi satu hingga dua jam itu peserta akan diberikan tunjuk ajar penggunaan peralatan seperti abah-abah, helmet, cangkuk dipanggil scorpion dan teknik ikatan ikatan tali pada cincin besi di dinding gunung.

Dalam ekspedisi istimewa yang dicetuskan oleh Bank Muamalat itu, oleh kerana kebanyakan peserta kembara merupakan pendaki amatur bahkan, sebahagian besar pertama kali mendaki Gunung Kinabalu, kami memilih untuk sekadar mencuba laluan besi Walk to Torq.

Menawan Walk the Torq

Pagi itu selepas menawan puncak Gunung Kinabalu sekitar 5.30 pagi hingga 6.30 pagi, kebanyakan pendaki tidak punya masa untuk merakam banyak foto kenangan di puncak granit itu. Ini kerana kami perlu berada di Sayat-Sayat (pondok perhentian) sebelum pukul 8 pagi untuk mengenakan semua peralatan keselamatan Via Ferrata.

Pendaki yang terlewat tidak dibenarkan untuk menyertai tidak ekspedisi Via Ferrata atas faktor kekangan masa kerana aktiviti itu diadakan pada sebelah pagi.

Terpaksa meninggalkan beberapa rakan yang terlewat, seramai 24 peserta kembara yang sudah bersiap kemudian berjalan turun sekitar 300 meter untuk ke tempat mula Walk the Tork.

Walaupun tidak sepenat seperti mendaki, namun menuruni kawasan pergunungan pula dari puncak Low Peak menggamit kisah berbeza. Tekanan pada lutut menyebabkan kaki penulis terketar-ketar sendiri apabila berdiri lama. Diberi rehat selama lima minit sebelum memulakan Via Ferrata, hati penulis menggumam sendiri, Bagaimana hendak turun laluan besi ini dalam kaki terketar-ketar.

Apatah lagi apabila kepala didongak ke atas, sayup-sayup kelibat objek berwarna oren melekat di dinding menegak granit Kinabalu menyebabkan hati tambah kecut dan risau. Objek itu merupakan sekelompok pendaki berhelmet oren yang memilih laluan besi lebih ekstrem iaitu Low Peak Circuit.

Kami kemudian dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan kumpulan pertama dan kedua seramai 10 orang manakala baki empat orang dalam kumpulan ketiga.

Ahli-ahli dalam setiap kumpulan kemudian diikat secara berangkai menggunakan tali khas dipanggil tali dinamik dengan orang pertama menjadi kapten manakala di belakang pendaki terakhir, seorang jurulatih Via Ferrata akan memegang tali itu.


PARA pendaki Kembara Gunung Kinabalu Via Ferrata Bersama Media bergambar kenangan sebelum memulakan ekspedisi.

Melihat cenuram dalam di bawah, rasa gayat dan ketakutan dibuang jauh apabila perasaan penulis mula sebati dengan keterujaan rakan-rakan lain. Saat mula memasukkan kedua-dua scorpion kepada kabel, pada detik itulah kami meletakkan sepenuh kepercayaan keselamatan nyawa kami kepada peralatan seperti tali dinamik, tali penyandang (energy absorber lanyard), kabel besi dan sudah tentunya jurulatih Via Ferrata yang setia di belakang.

Memulakan cangkukan pertama scorpion di kabel batuan landai, hampir kebanyakan kami kelihatan begitu kekok untuk membuat ikatan dinamik pada cincin besi. Begitu juga ketika membuat pertukaran dua cangkuk scorpion ke kabel yang dipisahkan dengan cincin besi itu.

Akhirnya selepas lebih beberapa menukar cangkukan scorpion ke kabel besi, keserasian dan keyakinan semakin menebal, cuma kami masih perlu berhati-hati mengatur langkah serta letak kaki kerana permukaan dinding granit yang kadangkala menegak dan mendatar.

Apatah lagi melakukan aktiviti secara berkumpulan perasaan takut lekas sekali hilang, apabila gelak ketawa melihat pelbagai keletah rakan-rakan memeriahkan suasana.

Saat berdepan dengan Monkey Bridge juga sangat mengujakan. Melalui jambatan dengan hanya berpijak pada seutas kabel sambil di bawah adalah gaung dalam, memang agak menakutkan. Namun, hampir semua peserta meniti laluan dengan senyuman malah, ada yang melepaskan tangan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada energy absorber lanyard.

Yang pasti, menawan Via Ferrata melalui Walk the Torq dalam masa satu jam setengah, ia antara pengalaman sungguh luar biasa. Apatah lagi di bawah kaki gunung, sekeping sijil kejayaan menakluk Via Ferrata tertinggi di dunia sudah sedia menanti kami.
Read Full 0 comments

Internet taman permainan penjenayah siber

Thursday, July 22, 2010



ADAKAH anda tahu, laman web apakah yang dilayari oleh anak anda hari ini? Tahukah anda berapa jumlah rakan-rakannya di rangkaian laman sosial Facebook, Friendster, Twitter, Tagged dan sebagainya yang diakses hampir setiap hari tanpa kawalan anda?

Jika jawapannya tidak, mulai hari ini anda perlu menyimpan rasa ragu dan sedikit bimbang terhadap aktiviti siber anak anda kerana mereka sebenarnya terdedah kepada bahaya di alam maya.

Sememangnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat penting dan anda selaku ibu bapa tidak boleh menyekat anak anda untuk mendalami bidang tersebut supaya mereka tidak ketinggalan dalam bidang ICT yang semakin berkembang pesat. Bagaimanapun pemantauan golongan dewasa dari semasa ke semsa asangat diperlukan.
KANAK-KANAK terdedah kepada kandungan negatif tanpa pemantauan dan sekatan daripada ibu bapa.

“Anak saya sudah didedahkan dengan permainan komputer dan Internet sejak darjah tiga lagi tetapi mereka perlu mematuhi jadual yang disediakan oleh saya bersama sedikit pemantauan.

“Sebelum mendedahkan anak-anak dengan alam siber, saya terlebih dahulu menerangkan mengenai apa yang bakal dilaluinya. Saya kerap berpesan supaya jangan sekali-kali meletakkan maklumat diri, membuka e-mel yang tidak dikenali dan bertemu dengan orang yang tidak dikenali dalam Facebook, Friendster dan sebagainya,” kata Khairul Basir Mohamad, 45.

Khairul Basir yang merupakan seorang guru memberitahu bahawa ibu bapa perlu menyiapkan diri masing-masing dengan ilmu ICT supaya tidak tercicir kerana anak-anak zaman sekarang sangat pantas menguasainya.

“Saya sendiri pun mempunyai akaun Facebook sendiri dan anak saya merupakan rakan saya dalam laman sosial tersebut. Dengan cara ini kita dapat memantau dengan siapa anak kita bergaul,” ujarnya.

Kegunaan pembelajaran
Read Full 0 comments

Wanita dirogol, dibunuh

Thursday, July 15, 2010



IPOH – Seorang wanita menjadi mangsa jenayah kejam apabila dia bukan sahaja dipercayai dirogol malah dibunuh sebelum mayatnya dicampak dan dibakar di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan Perak-Pahang kira-kira 80 kilometer dari sini semalam.

Wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang masih belum diketahui identitinya itu ditemui dengan hampir 80 peratus tubuhnya terbakar. Dia dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 8 pagi.

Difahamkan, selain menjumpai cebisan pakaian seperti coli dan seluar jean milik mangsa berhampiran kawasan kejadian, polis turut menemui beberapa titisan minyak diesel yang dipercayai digunakan untuk membakar mayat mangsa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sempadan Perak-Pahang.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dan dibakar di situ kerana pemeriksaan awal mendapati hampir seluruh tubuh mangsa hangus terutama pada alat sulitnya.

“Penjenayah bertindak demikian untuk menghapuskan bukti tetapi kita perlu menunggu laporan forensik bagi menentukan kesahihannya,” katanya kepada pemberita semalam.

kredit : kosmo.com.my
Read Full 0 comments

Mati bersama keris hitam




TEMERLOH – Tindakan jahat sekumpulan empat penjenayah warga asing bersenjatakan parang dan keris mengikat serta mengurung seorang penjual ikan ketika menyamun rumah mangsa tidak bertahan lama apabila kesemua mereka mati ditembak tidak sampai 30 minit selepas melakukan perbuatan tersebut.

Kejadian pukul 2.45 pagi semalam itu berlaku apabila kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic curi. Kenderaan itu dikejar kereta peronda polis sejauh lima kilometer dari lokasi kejadian di Bangau Tanjong di sini.

Siasatan awal mendapati penjenayah tegar tersebut dipercayai pernah melakukan tidak kurang daripada 20 kes samun di sekitar Temerloh, Maran, Bentong, Jerantut, Bera dan Raub antara Januari hingga Jun lalu.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka pagi semalam apabila jenayah yang baru dirancang di kawasan itu merupakan saat-saat terakhir mereka melihat dunia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, polis yang menerima maklumat berhubung satu kes samun telah bergegas melakukan rondaan di situ.

Anggota polis peronda kemudian mengekori sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki suspek sejauh lima kilometer dari rumah mangsa.

“Suspek enggan memberhentikan kereta walaupun kita telah memberi arahan sebaliknya terus memecut. Kita terpaksa mengejar mereka selama 10 minit sebelum dapat dipintas di sebuah kilang kayu di Songsang.

“Ketika hendak dihampiri, kesemua mereka keluar sambil menghayunkan parang. Anggota polis yang tiada pilihan lain terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di sini.

Tambahnya, kesemua suspek mati di lokasi kejadian dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui. Kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh untuk dibedah siasat.

kredit : kosmo.com.my
Read Full 0 comments

Latihan maut di lapang sasar




KAMPAR – Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas sebiji bom lama yang cuba dimusnahkan dalam satu sesi latihan di Lapang Sasar Menembak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini tiba-tiba meletup petang semalam.

Tiga anggota yang turut berada di kawasan letupan berkenaan mengalami kecederaan ringan namun keadaan mereka dilaporkan stabil.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, Sarjan Saidin Mohd. Dom dari cawangan persenjataan IPD Taiping cedera parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kampar.

Difahamkan, bom tersebut tiba-tiba meletup ketika kelima-lima anggota terlibat sedang membuat pemeriksaan selepas bom itu gagal diletupkan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusoff, mangsa merupakan sebahagian daripada 40 anggota polis seluruh negeri ini yang menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan Kursus Pemusnahan Bom yang dijalankan bermula pukul 8.30 pagi semalam.

Katanya, empat anggota yang cedera ialah Sarjan Saat Salleh dari IPD Larut Matang dan Selama, Sarjan Zulkifli Ijum (IPD Ipoh), Lans Korporal Mohd. Nor Firdaus (lbu Pejabat Kontinjen Polis Perak) dan Korporal Kamarudin Ismail (Pasukan Simpanan Persekutuan Sungai Senam, Ipoh).

“Sarjan Saat yang parah telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dan keadaannya stabil.

“Manakala tiga yang lain menerima rawatan pesakit luar di Hospital Kampar dan dibenarkan pulang,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Kampar di sini malam tadi.

kredit : kosmo.com.my
Read Full 0 comments

Empat bulan bersih runtuhan stadium




KUALA TERENGGANU – Dianggarkan sejumlah 2,500 tan besi sisa runtuhan bumbung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di sini akan dikeluarkan sepanjang projek pembersihan yang bermula hujung bulan ini.

Bagi tujuan pembersihan, syarikat yang diberi tanggungjawab berkenaan, Azimat Berkat Sdn. Bhd. akan menggunakan 10 jentera berat termasuk tiga kren yang setiap satunya seberat 500 tan selain 30 pekerja mahir.

Pengurus projek syarikat itu, Zaini Yusoff berkata, tapak runtuhan akan diserahkan kepada pihaknya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri pada 26 Julai ini.

“Kita jangkakan kerja pembersihan akan mengambil masa selama tiga hingga empat bulan untuk dilaksanakan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semasa meninjau stadium tersebut di sini semalam.

Menurut Zaini, kesemua besi yang dikeluarkan dari stadium berkenaan akan dihantar ke stor penyimpanan syarikat itu di Kuala Lumpur.

Katanya, kos pembersihan akan ditanggung syarikat dan kerajaan negeri tidak mengeluarkan bayaran kepada kontraktor kerana kesemua besi akan menjadi milik mereka.

kredit : kosmo.com.my
Read Full 0 comments

Empat bulan bersih runtuhan stadium




KUALA TERENGGANU – Dianggarkan sejumlah 2,500 tan besi sisa runtuhan bumbung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di sini akan dikeluarkan sepanjang projek pembersihan yang bermula hujung bulan ini.

Bagi tujuan pembersihan, syarikat yang diberi tanggungjawab berkenaan, Azimat Berkat Sdn. Bhd. akan menggunakan 10 jentera berat termasuk tiga kren yang setiap satunya seberat 500 tan selain 30 pekerja mahir.

Pengurus projek syarikat itu, Zaini Yusoff berkata, tapak runtuhan akan diserahkan kepada pihaknya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri pada 26 Julai ini.

“Kita jangkakan kerja pembersihan akan mengambil masa selama tiga hingga empat bulan untuk dilaksanakan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semasa meninjau stadium tersebut di sini semalam.

Menurut Zaini, kesemua besi yang dikeluarkan dari stadium berkenaan akan dihantar ke stor penyimpanan syarikat itu di Kuala Lumpur.

Katanya, kos pembersihan akan ditanggung syarikat dan kerajaan negeri tidak mengeluarkan bayaran kepada kontraktor kerana kesemua besi akan menjadi milik mereka.

kredit : kosmo.com.my
Read Full 0 comments

Toyota Camry bakal dikilangkan di Shah Alam dua tahun lagi


KUALA LUMPUR – UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota), pengedar tempatan kenderaan Toyota, mengumumkan bahawa syarikat induknya Toyota Motor Corporation (Toyota Motor) di Jepun telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Toyota Camry secara tempatan di Assembly Services Sdn. Bhd. di Shah Alam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, Toyota Motor juga akan mengeluarkan pelaburan permulaan sebanyak RM100 juta untuk memulakan pengeluaran tempatan di Shah Alam.

Tambahnya, pengeluaran tempatan itu akan dimulakan dua tahun lagi.

“Projek ini menunjukkan sokongan UMW Toyota Motor dan Toyota Motor Corporation kepada Dasar Automotif Malaysia untuk menggalakkan pengeluaran tempatan.

“Projek ini diharap akan memanfaatkan vendor tempatan dan menyumbang kepada industri auto Malaysia,” jelas kenyataan itu lagi.

kredit : kosmo.com.my
Read Full 0 comments

Turki jadi kuasa baru pembinaan dunia





ANKARA – Turki kini muncul sebagai kuasa baru sektor pembinaan apabila firma negara berkenaan membina pelbagai infrastruktur termasuk empangan, stadium dan lebuh raya di Asia Barat, Asia Tengah dan Afrika.

Kecewa kerana usaha untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) tidak berjalan lancar, pemerintah Islam Turki menggunakan strategi yang menggabung pengaruh politik dan kekuatan ekonominya untuk mendapatkan projek di negara-negara membangun, terutamanya dunia Islam dan rantau bekas Kesatuan Soviet (USSR), sebelum bertapak di benua Afrika sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun masih belum setanding berbanding pesaing utama mereka dari Eropah, Amerika Syarikat (AS), China dan Jepun, nilai projek luar negara Turki melonjak daripada AS$750 juta (RM2.3 bilion) pada 2000 kepada AS$23.6 bilion (RM75.4 bilion) pada 2008.

Pemerintah Turki menyatakan, mereka berharap nilai kontrak antarabangsa negara berkenaan dapat ditingkatkan kepada sekitar AS$50 bilion (RM159.8 bilion) menjelang 2015.

Turki merupakan kontraktor utama di negara-negara bekas USSR.

Hampir suku perniagaan pembinaan di negara Rusia dilakukan firma-firma Turki.

Firma-firma dari Turki turut mempunyai projek pembinaan di Libya dan dua negara bekas USSR, Turkmenistan serta Kazakhstan.

Firma-firma negara itu melancarkan projek perintis di Brazil dan Angola pada 2009 dan turut terbabit di Qatar, Algeria, Iraq, Romania dan Afghanistan.

Antara projek besar melibatkan firma Turki termasuk membina pusat membeli-belah mirip sebuah khemah yang dinamakan Khan Shatry di ibu negara Kazaskhtan, Astana dan bangunan Piramid Keamanan setinggi 77 meter yang dibina daripada gelas, juga di Astana.

Piramid berkenaan yang dilengkapi sebuah dewan opera, perpustakaan dan pusat penyelidikan kebudayaan dibina dengan kos AS$65 juta (RM207.8 juta). – AP

kredit : kosmo.com.my
Read Full 0 comments