blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Tuesday, July 13, 2010

Kepala penunggang motor hampir hancur digilis kereta




KUALA LUMPUR: Tidak sampai 12 jam, dua penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan selepas terbabit kemalangan di dua lokasi berasingan di ibu kota semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan selepas kepalanya hampir hancur digilis sebuah kereta sebelum diseret beberapa meter.

Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku sejurus motosikal ditunggangi mangsa dihimpit hingga terjatuh ke atas jalan raya dan tidak sempat bangun sebelum dirempuh pula sebuah kereta lain berhampiran Jalan Kuching susur ke Jalan Duta di sini.

Sumber polis trafik berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Yeap Chee Kun, 20, menunggang motosikal bersendirian sebelum dipercayai digesel sebuah kereta dan terjatuh.

Pada masa sama sebuah kereta tidak sempat mengelak sebelum merempuh mangsa. Mangsa yang parah di kepala mati di tempat kejadian.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat punca kejadian berikutan terdapat dua kereta di lokasi mangsa dilanggar mati.

Difahamkan, tidak jauh dari tempat mayat mangsa ditemui turut terdapat sebuah kereta lain yang berhenti di bahu jalan akibat satu daripada tayarnya pecah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kes kemalangan itu diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan, katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang pemuda berusia 20-an mati selepas motosikal ditunggangi terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu berhampiran Batu 6, Jalan Klang Lama di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan menuju Dataran Merdeka untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2010 mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment