blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Saturday, July 24, 2010

Kempen kuruskan haiwan peliharaan



PADA suatu pagi Ahad yang redup, Tammy berlari-lari hingga termengah-mengah sambil lidahnya terjelir-jelir di sepanjang laluan sejauh lima kilometer (km) sebelum mengguling-gulingkan badannya di atas rumput.

Pemilik anjing jenis English Shepherd itu Marika Krausova berkata, dengan beratnya yang mencecah 23 kilogram (kg), anjing tersebut kelihatan berisi. Bagaimanapun, sejak memulakan program senaman sebanyak berat badannya susut sebanyak 6.5 kg.

“Kami sering berlari bersama, jadi ia memberi kesan pada berat badan secara tidak langsung,” kata Krausova selepas beliau bersama pemilik-pemilik anjing lain melakukan rutin senaman di sebuah taman awam.

Pemilik anjing-anjing tersebut sedang berusaha untuk membuktikan tahap kecergasan anjing masing-masing.

Perlumbaan anjing, kem latihan, sesi kecergasan dan program-program lain di Amerika Syarikat (AS) adalah sebahagian daripada usaha membantu mencegah epidemik yang turut dialami oleh manusia itu. Epidemik itu dikaitkan dengan cara hidup dan diet yang teruk.

Pasangan bersenam

“Saya sedih apabila ramai pemilik anjing yang mempunyai anjing yang obes,” kata Jeff Lutton, pemilik kedai haiwan peliharaan di Alexandria, Virginia. Beliau turut menjalankan program larian jarak jauh pada hujung minggu dengan anjing-anjing dan pemiliknya dengan rutin yang berbeza-beza.

Kajian Pusat Kawalan Penyakit pada tahun 2006 mendapati, 23 hingga 41 peratus anjing di AS mengalami masalah berat badan berlebihan.

Program kecergasan anjing dan kem latihan adalah sebahagian daripada usaha untuk menangani masalah tersebut. Anjing-anjing tersebut bersama pemiliknya menjadi pasangan ketika bersenam.

“Nina adalah seekor anjing bulldog yang paling di bumi, tetapi jika dia berada bersama anjing-anjing lain Nina akan mendapat sedikit motivasi,” jelas pemiliknya JP Dhillon sambil memberitahu bahawa berlari dan berjalan boleh membantunya kurus.

Riley, iaitu seekor anjing j campuran Border Collie-Labrador pula telah melakukan aktiviti berlari dalam program itu bagi membantu mengurangkan masalah keabnormalan tumbesaran. Ia secara tidak langsung turut membantu pemiliknya Shaunda Adamas untuk menjadi seorang pelari yang lebih baik.

“Masa dua bulan diperlukan untuk menghabiskan jarak larian sejauh 4.8 km, tetapi ia turut memberi inspirasi kepada saya. Kini saya juga telah pun menyertai pertandingan maraton yang pertama,” katanya.

Eratkan hubungan

Pengasas Thank Dog Boot Camp di Los Angeles, AS, Jill Bowers, yang menggalakkan pemilik dan anjing-anjing untuk sama-sama bersenam menjelaskan, haiwan memerlukan senaman setiap hari dan aktiviti yang dilakukan bersama pemiliknya itu boleh mengeratkan hubungan mereka sebagai kawan.

“Jika anjing melakukan senaman, mereka juga perlu melakukannya. Ia tidaklah seteruk melakukan kerja rumah,” katanya.

Ramai pemilik yang meninggalkan haiwan peliharaan mereka semasa bekerja sedangkan haiwan-haiwan tersebut perlu bersenam. Apabila pulang dari kerja, pemiliknya keletihan dan membiarkan haiwan mereka dilayan tanpa rasa bersalah.

“Bila saya lihat pemiliknya juga mengalami masalah berat badan berlebihan, anda boleh menjangkakan bahawa anjingnya juga akan mengalami masalah yang sama,” kata Carol Brooks, pemilik bersama DogOnFitness yang turut menawarkan program yang sama.
PEMILIK melakukan aktiviti kecergasan bersama anjing peliharaan.


“Ramai yang bekerja untuk jangka waktu yang panjang dan jauh dari rumah,” katanya.

Ernie Ward, ahli veterinar dan jurulatih persendirian di Carolina Selatan yang menulis buku berkaitan obesiti anjing dan pengasas Pertubuhan Pencegahan Obesiti Haiwan Peliharaan berkata, program tersebut memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak.

“Pada masa kini, obesiti menjadi ancaman kesihatan terbesar kepada haiwan peliharaan di AS”, kata Ward.

Ward menjelaskan, senaman haiwan peliharaan adalah penting tetapi masalah tersebut tidak akan selesai tanpa perubahan diet.

“Kunci utama adalah diet. Kami sedang berusaha memberi anjing-anjing kami makanan yang sama seperti apa yang kami makan,” katanya.

“Tulang susu dan tulang anjing yang diberi makan kepada anjing-anjing kini tidak sama seperti dulu. Pengilang telah memasukkan lemak dan gula. Anjing juga mengalami apa yang dilalui oleh manusia, jadi kimia otaknya turut diubah oleh bahan tersebut”.

Ward yang bercakap mengenai subjek di seluruh dunia itu berkata, masalah itu bukan hanya berlaku di AS sahaja tetapi melanda negara-negara Asia, Eropah dan Kanada.

“Di Paris dan Nice, Perancis anda akan melihat anjing dan kucing yang gemuk-gemuk. ASlah puncanya kerana telah mengeksport masalah obesiti,” katanya.

Ward yang menjalankan pungutan data menjelaskan, 51.5 peratus anjing dan kucing di AS mengalami masalah berat badan berlebihan berat manakala 15 peratus mengalami obesiti. Momentum untuk menyelesaikan masalah itu perlu datang daripada pemiliknya dengan memberikan makanan yang sihat dan sentiasa bersenam bersama hawan mereka.

Beliau memberitahu, haiwan peliharaan yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan obesiti berisiko mendapat masalah kesihatan lain seperti osteoatritis, diabetes, sakit jantung dan kanser.

“Kita beranggapan dengan memberikan makanan ia menunjukkan perasaan sayang. Jadi kita pun memberikan anjing-anjing tersebut makanan, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini hidup mereka amat menyedihkan. Tetapi ia perlu dan tidak boleh dielakkan,” katanya. – AFP

0 comments:

Post a Comment