blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Saturday, July 24, 2010

Nicol hampiri gelaran keenam




PERHITUNGAN antara ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dengan pencabarnya, Alison Waters dalam saingan separuh akhir penuh mencabar apabila pemain No. 1 dunia itu dipaksa bekerja keras menerusi perlawanan empat set sebelum mara ke final pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB hari ini, lapor SAHLIZAH MOHAMED.

Nicol yang tampil selaku pemain pilihan pertama mendominasi perlawanan pada dua set pertama sebelum tewas pada set ketiga dan kemudian mencapai semula rentak cemerlangnya pada set penentuan.

Pemain berusia 27 tahun itu mencipta kemenangan 14-12, 12-10, 6-11, 11-7 sebelum menewaskan Waters dan bakal menggengam gelaran keenam berturut-turut jika kemenangan berpihak kepadanya hari ini.

“Tidak dinafikan perlawanan tadi (semalam) sungguh sukar. Sesiapa pun akan memberikan aksi yang terbaik jika mahu melangkah ke final dan saya bernasib baik kerana berjaya bangkit pada set keempat.

“Alison (Waters) mempamerkan aksi yang hebat. Perlawanan antara kami berdua selalunya akan menjadi sengit. Apa pun, saya gembira dapat mara ke final dan telah bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya,” kata Nicol yang akan membuat penampilan kelapan di pentas final kejohanan ini.

Nicol akan bertemu musuh ketatnya, Jenny Duncalf yang menewaskan pemain Mesir, Raneem El Weleily dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam menerusi perlawanan empat set 11-8, 11-5, 8-11, 12-10.

Sementara itu, dalam saingan lelaki, Mohd. Azlan Iskandar yang berjaya menundukkan pemain bukan pilihan dari Pakistan, Farhan Mahboob dengan straight set 11-7, 11-7, 11-7 dilihat mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali gelaran kejohanan hari ini selepas kali terakhir memenangi- nya pada tahun 2007 apabila menewaskan pemain Australia, Stewart Boswell.

Pemain No. 2 negara itu akan membuat perhitungan dengan pemain pili- han ketujuh, Tarek Momen selepas pe- main Mesir itu mencipta kejutan dengan menewaskan rakan senegaranya yang juga merupakan pemain pilihan pertama, Mohamed El Shorbagy 8-11, 13-11, 2-11, 11-4, 12-10.

“Saya gembira kerana hanya bermain dalam tiga set sahaja dan kurang daripada sejam. Taktik yang saya rancang menjadi iaitu untuk menghalang strategi pihak lawan kerana Farhan merupakan seorang pemain yang pantas dan tangkas.

“Saya berharap untuk menang esok (hari ini), sekali gus mencatat kemena- ngan kedua dalam masa dua minggu selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan TC Malaysia minggu lalu.

Tarek dalam pada itu memberitahu, dia tidak sabar untuk merakam gela- ran pertama dalam kejohanan ini dan berazam untuk mempamerkan aksi yang terbaik apabila berhadapan dengan Mohd. Azlan buat kali yang keempat selepas tewas sekali dalam tiga pertemuan sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment