blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Monday, July 12, 2010

Bakar kaki palsu kerana kalah bertaruh



LAS CRUCES (New Mexico): Seorang lelaki berusia 47 tahun membakar kaki palsunya selepas kalah dalam pertaruhan minum arak.

Kejadian itu menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk pada punggung dan belakang tubuhnya.
Pembantu syerif di Dina Ana County menemui lelaki berkenaan dalam keadaan bogel di tepi jalan raya dengan kaki palsunya terbakar.
Siasatan menunjukkan lelaki itu yang minum bersama beberapa rakan bertaruh siapa yang kalah akan dibakar.
Lelaki itu berkata, dia minum paling sikit berbanding rakannya yang lain dan bersetuju membiarkan kaki palsunya dibakar.
Rakannya membakar kaki palsu itu sebelum ia merebak ke bahagian tubuhnya yang lain. – AFP

Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment