blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Monday, July 12, 2010

Baju Merah ketakutan




BANGKOK: Pembunuhan dua individu disyaki mempunyai kaitan dengan gerakan Baju Merah, serta kematian mencurigakan seorang yang lain mencetuskan kebimbangan di kalangan kumpulan pembangkang yang gagal menjatuhkan kerajaan baru-baru ini.

Dalam kejadian terbaru pada 27 Jun lalu, seorang deejay, Phi Noi, diserang dengan kapak di kepalanya.

Dia dikenali sebagai tokoh yang rapat dengan pemimpin Baju Perah di wilayah Phayao, utara Thailand.

Siasatan polis mendapati, mangsa tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa dan cuba menyoal siasatnya.

Bagaimanapun, usaha itu gagal kerana dia tidak dapat dikesan kerana sering bertukar hospital serta tidak menyatakan alamatnya.

Penyiasat berkata, Phi Noi mengadakan temu bual politik sebelum dia diserang.

Serangan pertama berlaku kira-kira jam 10 malam pada 9 Jun lalu membabitkan lelaki dikenali sebagai Sakarin Kongkaew, 26, yang ditemui mati dengan kesan tembakan pada pipi, mulut, dada, paha dan dagu.

Polis berkata, Sakarin dalam perjalanan pulang menunggang motosikal bersama rakannya apabila seseorang menahan dan berpura-pura bertanya arah jalan kepadanya.

Penyiasat tidak menolak serangan itu ada kaitan dengan pembabitan Sakarin dengan Baju Merah.

Sumber berkata, mangsa pernah bertugas sebagai pengawal peribadi seorang pemimpin Baju Merah.

Sehari kemudian, polis daerah Bo Thong menemui mayat Sawat Duangmanee, 60, di sebuah ladang pokok kayu putih.

Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment