
ISTANBUL: Sebuah hotel di wilayah yang dikuasai Turki di utara Cyprus mengancam menyaman penyanyi, Jennifer Lopez sebanyak AS$40 juta (RM130 juta) selepas dia membatalkan konsert di situ atas alasan politik.
Ketua Eksekutif syarikat Turki yang menguruskan kompleks hotel dan kasino itu berkata, penyanyi berkenaan yang lebih dikenali dengan panggilan J-Lo masih mempunyai masa untuk mengubah keputusannya berhubung konsert yang dijadual pada 24 Julai depan.
Kontrak masih belum ditamatkan. Jika dia tidak muncul di konsert itu, kami akan memulakan prosedur mahkamah untuk menuntut ganti rugi berjumlah AS$35 juta hingga AS$40 juta (RM115 juta hingga (M130 juta), kata Murat Bozoglu di ibu pejabatnya di Istanbul.
Pembatalan itu tidak termasuk dalam sebarang klausa kontrak yang ditandatanganinya, kata Murat.
J-Lo dikecam oleh penduduk Cyprus keturunan Greece di selatan pulau berkenaan selepas syarikat berkenaan, Crato
Premium mengumumkan dia akan mengadakan konsert di hotel itu pada ulang tahun kelahirannya yang ke-41. J-Lo membatalkan rancangan berkenaan selepas kritikan itu.
Jennifer Lopez tidak akan menyokong sebarang negara, institusi atau rejim yang ada kaitan dengan sebarang bentuk pencabulan terhadap hak asasi manusia, kata wakil penyanyi dan juga pelakon Amerika Syarikat itu kepada portal hiburan, TMZ.
Selepas mengkaji sepenuhnya keadaan yang berkaitan di Cyprus, pihak pengurusan memutuskan untuk membatalkan kemunculan Jennifer, katanya.
Cyprus terbahagi kepada dua sejak Turki menduduki sebahagian pulau berkenaan selepas Athens mengancam untuk menyatukan pulau Mediterranean itu dengan Greece pada 1974. – AFP
Sumber : Harian Metro
0 comments:
Post a Comment