blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Monday, July 12, 2010

Suara Sayup Meminta Tolong

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
2010/07/12

BATU GAJAH: “Saya terdengar sayup-sayup suara rintihan orang minta tolong dan sebaik mendekati kawasan itu, jantung saya berdegup kencang terlihat basikal adik saya,” kata Muhammad Hafizan Allias, 14, abang kepada Muhammad Hisham, 12, seorang daripada tiga pelajar yang maut dalam kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah stor lama dekat sini, kelmarin.
Dua lagi terbunuh ialah Ahmad Nuzol Ahmad Nawawi, 13, dan Muhamad Safwan Abdullah,13.

Muhammad Hafizan orang pertama yang mengetahui insiden malang menimpa mangsa berkata, hatinya semakin berdebar-debar apabila mendekati tempat kejadian.
“Degupan jantung bertambah kencang sebaik melangkah mendekati kawasan kejadian dan sejurus tiba, saya terkejut melihat kelibat empat mangsa bawah timbunan konkrit.

“Paling menyedihkan, saya hanya mampu melihat seorang daripada mereka mengerang kesakitan di bawah runtuhan itu, namun tak dapat berbuat apa-apa kerana sukar mengalihkan kepingan konkrit itu yang terlalu berat.

“Saya menjerit minta bantuan sebelum jiran dan penduduk kampung tiba memberi pertolongan termasuk mengalihkan timbunan konkrit,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik forensik Hospital Batu Gajah di sini, awal pagi semalam.

Katanya, dia keluar mencari Muhammad Hisham kira-kira jam 9.30 malam selepas diarahkan ibu apabila adiknya tidak pulang dari sekolah.

Muhammad Hafizan berkata, dia tidak tahu kenapa hatinya tergerak mencari adiknya di kawasan itu sedangkan beberapa penduduk kampung yang turut serta dalam gerakan mencari itu menumpukan usaha mengesan mangsa di lombong tinggal berdekatan perumahan.

“Saya tergerak mencarinya di kawasan itu kerana arwah bersama rakannya sering dilihat bermain di stor lama itu sebelum ini,” katanya.

Click Here

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam di belakang Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Changkat Tin itu, tiga pelajar sekolah maut, manakala seorang rakan mereka parah selepas dihempap bumbung stor berkenaan ketika semua mangsa berteduh di bangunan tinggal itu.

Ketua Perhubungan Rela Mukim (KPRM) Tanjung Tualang, Ahmad Redwan Arif, 35, berkata pihaknya dimaklumkan keluarga mangsa mengenai kehilangan anak masing-masing yang tidak pulang ke rumah, lewat petang kelmarin.

Beliau berkata, berikutan itu, dia bersama 25 anggota Rela kawasan Changkat Tin dan Tanjung Tualang menjalankan gerakan mencari bermula jam 8 malam termasuk di lombong tinggal di belakang perumahan rumah keluarga mangsa.

“Sebaik dimaklumkan penemuan mangsa kira-kira jam 9.30 malam, kami ke tempat kejadian dan mendapati penduduk kampung mengalihkan runtuhan konkrit dan mengangkat mangsa dari bawah timbunan.

“Suasana ketika itu cukup tegang apabila penduduk kampung bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa,” katanya.

Ahmad Redwan berkata, dia terharu dan sedih melihat bapa pelajar tertimbus masing-masing mendukung anak mereka yang ‘nyawa-nyawa ikan’ untuk dibawa ke pusat kesihatan terdekat.

Katanya, dia turut membantu membawa mangsa cedera, Mohamad Shahir Zairi, 13, ke Klinik Kesihatan Tanjung Tualang dengan kenderaannya sendiri.

“Ketika diselamatkan, Mohamad Shahir hanya mampu mengerang kesakitan selain mengadu sakit tengkuk dan pening kepala,” katanya.

0 comments:

Post a Comment