blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Monday, July 12, 2010

Badrul Muhayat bayar kompaun, bebas tuduhan cedera isteri




2010/07/12
KUALA LUMPUR: Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya Julia Daud selepas membayar kompaun RM1,000 kepadanya.

Bekas model itu yang nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 42, juga memohon maaf kepada Julia, 29.

Sebelum ini, beliau mengaku tidak bersalah menumbuk Julia di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, pada 7 pagi 24 Mac lalu.

Bapa kepada dua orang anak itu membayar kompaun tersebut selepas Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani mengarahkan Badrul Muhayat berbuat demikian di hadapannya.

Wan Karimah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan dan pembelaan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara penyelesaian bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

"Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM1,000 dibayar kepada pengadu (Julia) dan mahkamah membebaskan orang kena saman (Badrul Muhayat) daripada tuduhan tersebut," katanya.

Wan Karimah berkata, walaupun tertuduh awalnya didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tetapi seksyen itu juga membenarkan kes tersebut diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan secara bersama.
Terdahulu, Wan Karimah bertanyakan Julia sama ada dia bersetuju kesalahan suaminya di kompaun sebanyak RM1,000.
Julia, yang ditemani ahli keluarganya, menjawab: "Saya setuju dan saya mahu suami membayar wang tersebut di hadapan mahkamah." - Bernama

0 comments:

Post a Comment