
2010/07/12
MELAKA: Lima lelaki ditahan selepas disyaki memiliki dua senjata api termasuk sepucuk pistol jenis Heckler and Koch PS9 (HK PS9) dan 500 peluru hidup di lima lokasi berasingan di negeri ini, Selangor dan Perak sepanjang tiga minggu lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, berkata mereka yang ditahan itu berusia antara 31 dan 40 tahun di Batu Berendam Melaka; Subang Jaya dan Petaling Jaya, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.
"Operasi mengesan kumpulan terbabit yang dipercayai pengumpul replika senjata api dilakukan pada 25 Jun hingga 8 Julai lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Bukit Beruang, dekat sini, hari ini.
0 comments:
Post a Comment