blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Monday, July 12, 2010

Bom disangka besi buruk




BENTONG: Sekumpulan pekerja di tapak pembinaan projek pelupusan pepejal di Chamang, dekat sini, terkejut apabila besi yang disangka basikal buruk rupa-rupanya bom peninggalan Perang Dunia Kedua, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, bom mortar sepanjang 81 milimeter (mm) itu ditemui pekerja dalam keadaan tertimbus sebelum memaklumkannya kepada penyelia keselamatan tapak projek berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata ketika kejadian, sekumpulan pekerja terbabit sedang melakukan kerja pembersihan sebelum seorang daripada mereka mengorek objek terbabit yang ditimbus tanah.

Menurutnya, pekerja terbabit yang meragui bentuk objek berkenaan kemudian memaklumkan kepada penyelia keselamatan sebelum menghubungi polis.

Katanya, sepasukan anggota polis termasuk Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan IPD Kuala Lipis tiba di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang.

Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment