blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Thursday, July 15, 2010

20 maut taufan Conson landa Filipina




MANILA – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh semalam selepas taufan Conson melanda Filipina dengan menyebabkan serpihan sejumlah rumah setinggan berterbangan ke laut.

Taufan itu melanda kepulauan Asia Tenggara lewat kelmarin sebelum menuju ke pulau Luzon pada waktu malam dengan kelajuan 120 kilometer sejam.

“Angin itu berbunyi seperti jeritan seorang kanak-kanak,” kata seorang bapa enam anak, Rigor Sambol di pinggir Manila.

Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan yang sebahagian rumah di kawasan itu musnah akibat taufan tersebut.

“Taufan itu amat kuat. Rumah bot kami hampir terbalik. Saya terpaksa membawa anak-anak ke sebuah gimnasium berhampiran dan mereka baring di atas lantai yang sejuk,” katanya.

Sejumlah rumah setinggan di kawasan tepi pantai roboh menyebabkan penduduk terpaksa membina pondok perlindungan sementara. – AFP

kredit : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment