blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Monday, July 12, 2010

Waspada berita perang palsu




Zionis kawal media massa tidak pernah henti usaha memburukkan Islam

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mahu gabungan kerjasama yang lebih kukuh dan luas atas nama keamanan sejagat segera dibentuk bagi mendedahkan dan menolak sebarang penyebaran berita palsu mengenai kemungkinan tercetusnya peperangan.

Pengerusi Pertubuhan Keamanan Global Perdana (PGPO) itu mendedahkan, penyebar berita perang palsu yang diumpamakan seperti batu api itu juga masih menyebarkan propaganda bahawa musuh ideologi Barat adalah Islam, manakala zionis yang mengawal media massa tidak pernah menghentikan usaha untuk memburukkan Islam.

Kita perlu berwaspada dan bersedia untuk menentang sebarang cubaan penyebar berita perang palsu yang mendakwa mengenai kemungkinan akan tercetusnya peperangan membabitkan beberapa negara, termasuk Iran dan Syria.

Berikutan itu, usaha perlu digerakkan untuk mengajak kerajaan di seluruh dunia supaya tidak hipokritikal dan bangun menentang negara kejam, Israel.
Israel tidak boleh dibenarkan terus bertindak seperti sekarang, sebagai sebuah negara aparteid yang menindas rakyat Palestin.

Kita perlu terus berjuang untuk memecahkan kepungan itu. Rachel Corrie dan Mavi Marmara sudah menunjukkan jalannya, begitu juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan, katanya ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa Memecahkan Kepungan: Dalam Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Turut hadir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengarah Eksekutif PGPO merangkap Pengerusi Jawatankuasa penganjur persidangan itu, Tan Sri Nik Mohamad Nik Yaakob.

Persidangan itu turut disertai Duta Besar Turki ke Malaysia, Serap Ataay; Timbalan Ketua Misi Kedutaan Besar Iran, Dr M S Dolatabadi dan Ketua Perwakilan Liga Arab, Dr Ahmed Saleh Alwahishi.

Dr Mahathir berkata, usaha lebih gigih perlu untuk menetapkan bahawa sebarang peperangan yang tercetus sebagai jenayah kerana perang bermakna pembunuhan beramai-ramai dengan kejam.

Bagaimanapun, adalah menyedihkan apabila Mahkamah Jenayah Antarabangsa baru-baru ini berpandangan peperangan akibat pencerobohan adalah jenayah, tetapi Amerika Syarikat yang dipimpin Presiden Bar-rack Obama menentang inisiatif murni ini.

Jadi, sekali lagi kita berdepan kesimpulan yang tidak dapat dielak iaitu tidak akan ada sebarang perubahan, malah status quo kekal dan pemimpin perang tetap menjadi pilihan, katanya.

Beliau juga mempersoalkan hubungan terjalin antara Amerika Syarikat dan Israel sehingga negara Zionis itu menganggap ia kebal daripada sebarang tindakan mengikut undang-undang antarabangsa.

Sumber : Bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment