
COLTON HARRIS-MOORE digari dan kakinya dirantai
selepas dia ditangkap di Bahamas kelmarin.
NASSAU, Bahamas – Pihak berkuasa Bahamas menangkap seorang wira pujaan di Internet, Colton Harris-Moore berumur 19 tahun yang dikenali sebagai perompak berkaki ayam di Resort Romora Bay, Pulau Harbour di sini kelmarin.
“Bagi mengelak ditangkap, suspek (Harris-Moore) terlibat dalam satu insiden diburu dengan bot laju polis,” kata seorang pegawai polis kepada pemberita.
Beberapa saksi berkata, bot remaja itu terkandas di kawasan cetek menyebabkan anggota polis menembak enjin bot tersebut.
Dia ditangkap tujuh hari selepas pihak berkuasa menemui bangkai sebuah pesawat yang dicuri oleh remaja berkenaan.
Menurut seorang pengurus di resort itu, Anne Ward, Harris-Moore membuang komputer riba dan telefon bimbit ke dalam air dan meletakkan sepucuk senjata api di kepalanya dengan menyatakan dia mahu membunuh dirinya.
Namun, kata Ward, anggota-anggota polis itu bercakap dengannya sebelum dia ditangkap dan dibawa semula ke resort tersebut.
Remaja itu menjadi terkenal selepas dia merompak pelbagai barang termasuk pesawat dan kereta di enam negeri di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada
- AFP
kredit : kosmo.com.my
0 comments:
Post a Comment