
JOHANNESBURG – Seorang peminat bola sepak Sepanyol telah ditumbuk sehingga jatuh oleh seorang pengawal keselamatan apabila dia menceroboh masuk ke kawasan padang Stadium Soccer City di sini dan cuba meletakkan topi pada trofi Piala Dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu sebelum perlawanan akhir Piala Dunia di antara pasukan Sepanyol dan Belanda berlangsung.
Peminat pasukan bola sepak Barcelona itu, Jaume Marquet Cot atau lebih dikenali sebagai Jimmy Jump berumur 30 tahun dipercayai telah terjatuh ke kawasan padang dari tempat penonton selepas ditolak oleh sekumpulan penonton.
Jimmy kemudian berlari ke tengah padang dengan memakai sehelai baju T yang mengandungi mesej yang menyatakan dia menentang perkauman.
Selepas ditumbuk, Jimmy dibawa keluar dari stadium oleh tujuh orang kakitangan kejohanan itu sebelum ditahan polis untuk tindakan lanjut.
- Agensi
kredit : kosmo.com.my
0 comments:
Post a Comment