
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mempunyai 13 rekod jenayah ditemui mati dipercayai terjatuh dari rumahnya di tingkat tiga pangsapuri SD, Bandar Sri Damansara, semalam.
Mayat Wong Kok Bin, 43, ditemui orang ramai berlumuran darah di tingkat bawah pangsapuri itu kira-kira jam 9.55 pagi.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa dipercayai tinggal bersendirian di rumah itu dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Beliau berkata, berdasarkan rekod polis, mangsa mempunyai 13 rekod jenayah lampau membabitkan kes samun dan gaduh.
Lelaki itu dipercayai membunuh diri dan pada masa ini polis mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut.
Bagaimanapun kami masih menyiasat kes ini daripada pelbagai sudut, katanya ketika dihubungi.
Ditanya sama ada kes itu mempunyai kaitan dengan peminjam wang haram atau Along, Arjunaidi berkata siasatan awal mendapati ia tiada kaitan.
Sumber : Harian Metro
0 comments:
Post a Comment