blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Monday, July 12, 2010

Bayi terbuang rebutan ramai




PETALING JAYA: Bayangkan seorang bayi menjadi rebutan 300 pasangan! Inilah hakikatnya apabila Pusat Pelindung Bayi (Baby Hatch) pertama negara yang dilancarkan 29 Mei lalu baru menerima seorang bayi sedangkan jumlah yang memohon untuk mendapatkan anak angkat terlalu ramai.

Ini terbukti apabila sehingga semalam hampir 300 pasangan yang kebanyakannya pasangan sudah lama berkahwin, tetapi belum dikurniakan zuriat sudah memohon dari pusat berkenaan serta individu bujang yang inginkan anak angkat.

Ada juga pemohon yang sudah mempunyai anak, tetapi mahu anak angkat dengan alasan anak sudah besar, kesunyian kerana tinggal berdua bersama pasangan bahkan ada yang mahukan anak berlainan jantina.

Setiausaha Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) yang menguruskan Baby Hatch itu, Azra Banu, berkata pihaknya terpaksa membuat saringan ketat untuk membuat pilihan sebelum pemohon itu diletakkan dalam senarai menunggu.

Ini bermakna, mereka yang berada dalam senarai keutamaan akan diutamakan sebaik saja pusat itu menerima bayi. Keutamaan diberi kepada pasangan yang sudah lama berkahwin, tetapi tidak mempunyai anak manakala pemohon lain diletakkan sebagai pilihan kedua dan ketiga.

Katanya, OrphanCARE menerima banyak permohonan yang dihantar melalui talian atau mereka datang ke pusat jagaan itu dan setakat ini sudah menemuduga 70 pasangan yang layak berada dalam senarai menunggu manakala lebih 200 lagi permohonan sedang diproses.
Kita kena kaji, adakah mereka mampu bagi pendidikan, membela anak kecil itu, siasat di mana mereka tinggal dan mampukah mereka. Ini bukan soal kaya atau miskin, asalkan mereka layak, cukuplah, katanya kepada Berita Minggu.

0 comments:

Post a Comment